Tuesday 30 September 2014

Felixia dikecam di Instagram

Macam-macam andaian dan penilaian yang kadang-kadang kami sendiri pun tak faham dengan sesetengah masyarakat ni. Kali ini saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia sekali lagi dikecam kerana memuatnaik gambar solatnya di laman Instagram.

felixia yeap

Felixia antara selebriti yang kerap menjadi tumpuan ramai yang gemar mencari kesalahan dan kelemahan orang. Boleh dikatakan hampir setiap foto yang dimuatnaik akan mendapat kritikan termasuklah soal penampilan ibadahnya.

Gambar terbaru Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi perhatian dan kritikan sesetengah pengikut laman Instagramnya. Ada yang beranggapan perlu ke gambar berkenaan dimuatnaik seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk.

instagram felixia
Wahai pengkritik-pengkritik sekalian, kita tidak tahu pun jadual kerja Felixia mahupun aktiviti seharian yang dilakukannya. Jadi tak perlulah dan tak adil sekali untuk kita membuat spekulasi sendiri sama ada Felixia sengaja melewat-lewatkan mahupun bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Niat masing-masing hanya Allah yang tahu.

Namun, masih ada yang menyokong dan memberi respon yang positif. Tambah-tambah lagi Felixia masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim dan kami sangat bersetuju dengan pendapat yang mereka utarakan.

instagram felixia

instagram felixia
Tak salah jika masing-masing ingin menegur untuk kebaikan tetapi biarlah berhemah kerana ia mungkin akan mengguris hati sesetengah pihak. Sama-samalah kita menjaga hubungan serta memberi semangat kepada saudara baru kita untuk lebih mengenali Islam yang sememangnya indah.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money