Wednesday, 30 April 2014

Bantahan Awal Sari Yanti Terhadap Permohonan Nusyuz

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Kisah Kaisara', Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, memfailkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan oleh suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling sebentar tadi.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah telah membenarkan pemohonan oleh peguam syarie Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari selaku defenden. Ini kerana terdapat satu lagi kes yang difailkan di Seremban, Negeri Sembilan. Kes mereka akan disebut semula pada 28 Mei 2014.

Selepas selesai perbicaraan, Sari yang cuba di temuramah pihak media mengunci mulut dan tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan wartawan.

Pelakon Sari Yanti
Pelakon Sari Yanti
Sementara itu, Edy pula berharap agar dia terus diberi ruang dan memohon agar semua pihak menghormati keputusan yang telah diberikan oleh pihak mahkamah.

Sari dan Edy mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan Sari dengan Edy telah dianugerahkan dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money