Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri
![]() |
| Redzwani Puteri dan Shah Jaszle |
Harapan kali ini Redzwani Puteri benar-benar sudah melupakan dan tidak lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Shah Jaszle. Cukuplah pengorbanan anda selama ini. Berkata kepada Mstar Online, Redzwani Puteri mengakui tidak lagi mempunyai perasaan sayang terhadap pelakon tersebut.
Kata Puteri:-
Biarlah saya undur diri. Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya.
Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.
Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya.
Dengan ijazah doktor yang bakal diterima oleh Redzwani Puteri, Ramai lelaki lain di luar sana yang akan merebut cintanya. Percayalah akan ada pengakhiran yang menggembirakan buat anda. Yang penting tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Pedulikanlah orang yang tidak pandai menghargai segala jasa dan pengorbanan kita. Marilah kita doakan yang terbaik buat Redzwani Puteri.


