Isu Perkahwinan, Penyanyi Alyah akan Umumkan
Penyanyi Alyah mengakui terdapat ramai pihak terutama sekali media yang ingin tahu berkenaan status dirinya termasuk pengumuman tarikh perkahwinannya yang telah digembar-gemburkan kebelakangan ini.Ketika ditanya persoalan yang sama kepada penyanyi Kisah Hati itu, Alyah bagaimanapun hairan mengapa ada pihak yang mengatakan bahawa dia akan membuat pengumuman berkenaan isu itu dalam masa terdekat.
Katanya, dia memang pernah menyatakan kepada pihak media berkenaan hasrat hatinya itu, bagaimanapun tidak pernah pula menyatakan tarikh atau durasi yang khusus, apatah lagi dalam masa terdekat.
“Memang saya pernah bagi tahu yang saya akan umumkannya. Tapi tak pernah pula dalam hujung tahun ini atau dalam masa terdekat.
“Ramai juga yang asyik bertanya sama ada saya sudah berkahwin atau belum dan juga bilakah saya mahu mengumumkannya. Tapi saya tak ada semua jawapan itu buat masa sekarang.
“Jadi apa yang boleh saya katakan di sini, apabila tiba waktunya saya akan umumkan juga.
“Sama ada dalam masa terdekat atau lama itu bergantung kepada keadaan,” katanya ringkas dalam Mstar.
![]() |
Penyanyi Alyah |