Friday, 25 April 2014

Kisah Percintaan Ariel Masih Menjadi Misteri - Artis Indonesia

Ariel dengan Sophia Mueller
Ariel dengan Sophia Mueller.
HUBUNGAN percintaan Ariel (Noah) dengan Sophia Mueller masih menjadi pertanyaan banyak pihak.
Kedua-dua mereka tetap mengelak ketika ditanyakan soal tersebut.

Pasangan ini hanya menjawab dengan senyuman biarpun sering dilihat berjalan dan menghabiskan waktu bersama.

Ariel akan bertukar kepada topik bisnes kasutnya yang bernama ARL.

"Nanti sahaja cerita tentang itu, lebih baik bercakap soal bisnes kasut saya yang semakin baik dan berkembang terutamanya di Bandung," ujarnya.

Tambah Ariel, dia dalam perancangan untuk manambah bilangan kedai di beberapa daerah lagi.

Sumber dari MStar
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money