Saturday 26 April 2014

Masalah Kewangan Punca Penceraian Adam dan Fiza Elite ?

Fiza Elite dan Adam AF
Fiza Elite dan Adam AF.
Betul ker sampai ketahap ni...? Takkanlah kerana masalah kewangan Fiza memohon penceraian di Mahkamah. Apapun jom kita baca sedikit info yang ditulis oleh Utusan yang mana GAM (Gosip Artis Malay) dan Poskan Isu dimana Fiza Minta supaya dia tidak dicaci.

Tak sampai setahun, sudah porak peranda. Itu adalah bahagian masing-masing. Kalau Mak Mah dengan cerita bahagia, lain halnya dengan pasangan yang masih muda ini, Fiza Elite dan Adam AF. Baru lapan bulan bernikah, Fiza mencari jalan penyelesaian dengan memohon untuk bercerai daripada suaminya itu. Dikatakan permohonan perceraian oleh Fiza bakal didengar buat pertama kalinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin depan.
Aduhai, memang Joyah agak sedih dengan keputusan yang dibuat Fiza. Masih segar lagi jawapan Fiza bagaimana dia mahu Adam membimbingnya menjadi isteri yang sempurna. Katanya, cinta mereka sangat kuat dan utuh, meskipun baru sekali dua bertemu, kemudian bernikah.Kalau ikutkan tempoh perkenalan pasangan ini memang sekejap sebelum akad nikah tu.
Dengarnya juga ini gara-gara berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga baharu mereka. Adam didakwa macam tak minat hendak mencari nafkah melalui nyanyian, selepas sibuk berdakwah. Jadi, sumber kewangannya tentunya agak berkurangan. Ini menyebabkan Fiza rasa tertekan dan ambil tindakan, failkan perceraian. Betul ke begitu? Kita tunggu sampai saatnya mereka bersedia untuk buka mulut. 
Harapan Joyah semoga masih ada jalan terbaik untuk baiki mana yang rosak, yang busuk dalam perhubungan. Jika benar berpisah adalah yang terbaik juga, Joyah harap agar apa yang berlaku di antara mereka tidak perlu di kongsi dengan orang luar. Simpan kemas-kemas dalam hati, buat teladan diri.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money