Sunday, 27 April 2014

Nelydia Senrose Jawab Gosip Tentang Hubungannya Dengan Qi Razali

Rasanya sudah lama GAM (Gosip Artis Malay) tidak mendengar berita tentang hubungan Nelydia Senrose, pelakon popular drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dengan Qi Razali ni. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan Nelydia dan Qi Razali bukanlah rahsia lagi kerana masing-masing telah mengakuinya. Namun disebalik hubungan yang terjalin itu, banyak pihak yang telah membuat spekulasi tentang hubungan mereka itu.

Dalam sinar harian Nelydia mengakui bahawa hubungan mereka serius dan mempunyai perancangan masa hadapan bersama, namun jadual lakonan yang padat menyebabkannya belum serius untuk membincangkan soal itu.

Tambah Nelydia lagi dia tiada halangan untuk berkahwin dengan Qi Razali jika kedua ibu bapanya mengizinkannya untuk berbuat begitu.
"Jika ada berita baik seperti itu, saya perlu meminta izin ibu bapa saya terlebih dahulu. 
“Kalau mereka izinkan, saya juga tiada halangan,” jawabnya. 
Bercakap tentang lakonan adegannya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan keterlaluan, ini jawapan yang diberikan oleh Nelydia:

“Bila saya menonton drama ini, memang ada babak-babak romantis yang saya lakonkan agak berlebihan, tapi itu semua itu seperti yang tertulis dalam novel. Saya cuma buat yang terbaik.
“Tapi secara keseluruhannya, saya rasa biasa sahaja sebab sebagai pelakon saya juga tahu batasannya,” jelasnya.
 Tambah Nelydia, watak Mastura benar-benar istimewa buat dirinya kerana ia amat berbeza dengan lakonannya sebelum ini.
“Watak Mastura ini memang lain. Sebelum ini saya hanya mainkan watak yang naif.
“Sebagai pelakon, saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan watak-watak di diberikan dan saya anggap ia sebagai satu cabaran yang boleh mempelbagaikan kebolehan saya,” ujarnya.
Gambar Nelydia Senrose
Pelakon Nelydia Senrose
 Berkenaan gosip yang bertebaran mengatakan bahawa kekasih hatinya iaitu Qi Razali telah memuatkan beberapa status seolah-olah cemburu tentang kemesraan yang ditunjukkan oleh Sharnaaz dan Nelydia dalam drama tersebut, telah menyebabkan hubungan mereka dikatakan bermasalah. Namun, ini jawapan yang diberikan Nelydia:
“Apa yang saya tahu, Qi sendiri tidak ada masa mengikuti drama ini kerana jadual kerjanya yang padat
“Sepanjang menjalani penggambaran ini dia sentiasa beri sokongan kepada saya cuma biasalah, ada sedikit salah faham. Bagi saya perasaan cemburu itu normal,” katanya.
 Kata Nelydia, kekasih hatinya itu tidak pernah meletakkan sebarang had kepada dirinya untuk menjalani karier lakonannya.
“Kalau saya hadkan cara lakonan pun, perkara itu datang daripada saya sendiri dan bukannya Qi.
“Lagi pun saya tidak akan mencampuradukkan peribadi dengan karier. Saya sendiri ada hak untuk bawa karakter dengan cara saya yang tersendiri dan tidak perlu orang lain mengajar saya,” jelasnya.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money