Wardina Sudah Dengar Penjelasan Ustaz Don
![]() |
Isu Ustaz Don dan Wardina |
Susulan kontroversi hangat ini, Wardina telah mengambil keputusan untuk tidak lagi meng”update” status laman Facebooknya. Perkara tersebut telah diserahkan kepada pihak pengurusannya. Satu langkah yang baik pada pendapat saya. Bagi keadaan tenang dulu sebelum muncul semula.
Kata Wardina:-
Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya. Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin.
Namun mungkin ada hikmah terjadinya kontroversi ini. Sekurang-kurangnya kita menyelidik serta engkaji apa jua yang diperkatakan oleh orang bergelar ustaz dan tidak menerima apa yang meraka ajar bulat-bulat. Bukannya nak cakap ustaz salah, namun tak semua orang sempurna. Apa salahnya kita bertanya untuk mengetahui kebenaran. Tak gitu? Apa pun, semoga Wardina dan Ustaz Don tidak lagi terbabit dalam sebarang kontroversi selepas ini.