Sunday, 4 May 2014

Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Anak Kedua

Pelakon, Ayu Raudhah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 2.15 petang Jumaat lalu.

Ayu berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah berkat doa daripada keluarga, kawan-kawan dan kalian semua, pada jam 2.15 petang Ayu selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.73 kilogram.

Alhamdulillah syukur,” tulisnya pada sekeping gambar bayinya.

Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendirikan rumah tangga pada Januari 2011.
Anak Ayu Raudhah
Anak Ayu Raudhah
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun.

Apa pun, tahniah buat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, semoga kehadiran cahaya mata kedua ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga mereka.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money