Sunday, 4 May 2014

Fasha Sandha Menunjukkan Imbasan Bakal Anak Keduanya

Selepas sekian lama menjadi tanda-tanya, akhirnya aktres popular Fasha Sandha mengumumkan kepada peminat tentang kehamilan keduanya.

Fasha berkongsi berita gembira itu bersama peminat di laman Intagramnya kira-kira satu minggu yang lalu.

Gambar yang dimuat naik Fasha menunjukkan imbasan bayi yang kini berusia tiga bulan dengan kapyen:
Assalamualaikum.Hello little baby. We can see you chilling and sucking your thumb in ibu's tummy. Semoga membesar dengan sihat. To my followers,Thank you for the kind wishes and prayers. Amin. #adikputrarayfalramli #adikputrarayqalramli#putrarayfalramli #3months
Foto itu telah mendapat 12,400 like dan 450 komen sejak ia dimuat naik.

Empat hari lalu, iaitu pada hari ulang tahun perkahwinan keduanya dan suami tercinta, Rizal Ashram atau Jejai, Fasha sekali lagi memuat naik foto yang menyatakan kegembiraannya.
Pada foto yang dimuat naik itu, kapsyen yang ditulis Fasha sangat manis dan ia berbunyi begini: “It's our 2nd year wedding anniversary and now pregnant with baby number two. Syukur Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkanNya. To my husband@rizalashramrnt,thank you for the early morning kisses. Thank you for holding my hand through this life. Thank you for your love and friendship.You know and i know that i'm not perfect, hmmm ya sometimes i wonder how you put up with me. Then i remember, i put up with you, so we're even. Happy 2nd year wedding anniversary Sayang,my love,my bestfriend 27th April 2014”
Gambar tersebut juga mendapat 10300 ‘like’ dan telah menerima 340 komen peminat yang rata-ratanya gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan kesihatan Fasha dan bayi di dalam kandungannya.

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money