Gambar kekasih Erin Malek Tersebar
Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.
Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.
Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.
Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.
P/S: Bila GAM Fokus betul-betul muka teman lelaki Erin ni, GAM rasa macam kenal jer lelaki tu. Dengar-dengar lelaki tu anak orang VIP dan menjadi rebutan perempuan lain. Mahunya tak menjadi rebutan, dah la kaya lepas tu hensem pulak kan. Apa-apa pun semoga hubungan Erin Malek dan F berbahagia hingga ke jinjang pelamin.



