Sunday, 4 May 2014

Hanez Suraya Jawab Isu Bercuti dengan Kekasih Baru-baru Ini

Penyebaran gambar yang memaparkan dua keping tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke sebuah destinasi telah mencetuskan satu lagi kontroversi membabitkan pelakon sensasi Hanez Suraya Abdul Aziz.

Lebih sensasi apabila gambar tersebut bukan sahaja memaparkan nama Hanez tetapi turut memaparkan nama teman lelakinya, Romie Razin Adilha Abd. Jais sebagai pemegang tiket yang sekaligus menimbulkan syak bahawa mereka merancang bercuti bersama-sama ke destinasi tersebut.

Bagaimanapun destinasi serta beberapa maklumat lain di tiket tersebut telah dikaburkan kecuali pada bahagian nama mereka.

Perkara itu telah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang dipercayai mahu mendedahkan tahap hubungan serius Hanez dengan suami orang. Tetapi apalah sangat dengan pergi bercuti bersama-sama bagi artis kita.
  Hanez Suraya dan Romie
Hanez Suraya dan Romie
Melalui Pancaindera Hanez mengulas mengenai isu orang menyebarkan gambar tiket kapalterbang sebagai melanggar privasinya. Hanez juga mendakwa pihak yang bertanggungjawab menyebar tiket kapalterbang tersebut cuba untuk menganggu privasinya:
Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah mengganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah.
Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak berpuas hati.
Hanez juga mendakwa privasinya juga terbatas gara-gara isu tiket kapalterbang ini:
Ya, sudah tentu. Saya rasa selepas ini segala pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang.
Ketika diminta menguls mengenai tindakan individu yang menyebar gambar tersebut, ini jawapan Hanez:
Saya telah dinasihatkan oleh peguam agar tidak memberi sebarang kenyataan terhadap perkara ini. Memang ramai yang bertanya tapi saya tidak dibenarkan menjawab berhubung perkara berkenaan.
Saya akan memberi penjelasan lanjut mengenai hal ini. Saya harap semua pihak boleh berikan saya masa sehingga tiba waktu yang sesuai. Saya harap semua orang boleh hormati keputusan saya.




 
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money