Mengenai Isu Kena Halau Oleh Penerbit, Elfira Loy Memberi Respon
Pelakon Elfira Loy menafikan dakwaan kononnya dia telah dihalau oleh penerbit Teater Di Bawah Lindungan Kaabah iaitu Siti Rohayah Atan sebelum majlis pelancaran teater tersebut berlangsung baru-baru ini.Elfira Loy yang tidak mahu mengulas lanjut itu hanya berkata hari itu nasibnya kurang baik.
"Saya tak rasa saya dihalau dihalau pada hari itu, cuma apa yang berlaku pada hari tersebut it's not my day.
"Saya tak mahu komen lebih-lebih kerana saya masih menjalani latihan teater ini seperti biasa dan lebih baik saya diam sahaja," katanya kepada murai.com my ketika dihubungi.
![]() |
Elfiro Loy |
"Memang saya selalu tak datang itu memang betul . Tapi atas persetujuan masing masing . Saya dah bagitahu awal tentang jadual saya yang padat dan mereka setuju.
"Pun begitu saya masih lakukan latihan bersama mereka. Tapi kalau saya ada masalah they got the rights to kick me out," jelasnya lagi.
Selain Elfira, teater tersebut turut dibintangi barisan elakon-pelakon lain seperti Adi Putra, Nasha Aziz, Yasmin Hani, Liza Abdullah, Fizo Omar Dafi dan ramai lagi.
Teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.