Monday, 5 May 2014

Neelofa Jawab Lamaran Hans Isaac

Pengacara dan pelakon Neelofa seringkali berdolak dalih tentang hubungan bersama pengarah terkenal Hans Issac. Nmaun,  Neelofa nampaknya serius bersama Hans apabila dalam Berita Harian hujung minggu ini, Neelofa telah menjawab beberapa soalan berkaitan hubungan beliau bersama Hans Isaac dan selebriti ini mengakui yang beliau sudah semakin kenal dengan diri lelaki itu selepas tiga tahun bersama.
“Selama hampir tiga tahun kami berkawan, saya sudah mula kenal diri dia. (Tentang lamaran Hans Isaac) sama ada (terima) atau tidak, biarlah Hans orang pertama yang akan tahu,” ujar Neelofa.
Ahli perniagaan yang giat membina empayar beliau sendiri ini juga ditanya tentang apakah yang buat dirinya tertarik dengan Hans Isaac.
“Dia seorang yang very gentleman, matang, senang beralah dan kreatif. Selama ini, dia setia dalam bercinta,” tambahnya yang percaya cinta itu dibina atas susah senang bersama, Cewahh.
Nampaknya hubungan neelofa dan Hans Isasc begitu serius walaupun mereka dilihat jarang bersama ke mana-mana. Kalau tak silap GAM hari tu Hans ada memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini, so mungkinkah wanita bertuah itu Neelofa? Sama-sama kita tunggu nanti.
Hans Isacc dan Neelofa

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money