Tulisan Neelofa Buat Nur Fazura Terasa Hati
Setiap hari pelakon popular akan menulis di ruangan Harian Metro menerusi "Nota Lofa". Berbagai isu yang ditulis Lofa dalam ruangan tersebut. Penulisan Lofa pun boleh tahan GAM (Gosip Artis Malay) rasa. Memang ada bakat la. Namun, semalam ada topik yang menarik yang ditulis lofa telah menyebabkan artis lain terasa seolah-olah Lofa menujukan perkara tersebut kepada diriniya. Antara entri yang ditulis Lofa:
|
Pelakon Neelofa
|
Lofa juga nak menyentuh sedikit mengenai segelintir artis atau mungkin “public figure” yang suka bersikap hipokrit dalam lama sosial. Perangai macam ini tidak akan ke mana sebab sebagai insan yang diperhati ramai, jangan biar umum “define who you are, you just go to be yourself”.
Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan benar dan tersangat baik. Menggunakan kata-kata positif agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.
Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu. Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan “move on” atau Lofa lebih selesa berdia diri.
Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadpa mereka yang ingin menjatuhkan kita. Kadangkal memang terasa seperti ingin balas tetapi bila Lofa fikir balik, ya Allah betapa kecilnya mereka ini dan rendahnya tahap pemikiran mereka untuk Lofa “play their game”.
|
Pelakon Nur Fazura |
Siapakah artis itu? Jawapannya adalah Fazura. Kalau anda mengikut perkembangan Fazura, ada beberapa tweet yang dibuat Fazura yang seolah-olah menujukan hal tersebut kepada Neelofa:
Nasihat GAM Fazura mahupun Neelofa jangan bergaduh sesama sendiri ok. Mungkin apa yang ditujukan lofa itu bersifat umum so, Fazura janganlah mudah nak melenting dan mengeruhkan lagi keadaan.