Saturday, 3 May 2014

Yana Samsudin Ajar Iqram Dinzly Buat Karipap

Kerana terlalu lama meninggalkan tanah air tercinta, pelakon popular Iqram Dinzly mengidam untuk menikmati karipap bercitarasa tempatan walaupun berada di bumi Sarajevo, Bosnia.

Kerana tahu pelakon Yana Samsudin mempunyai bakat membuat snek idaman ramai itu, dia telah meminta jasa baik aktres berkenaan untuk menunjuk ajarnya cara-cara membuat karipap walaupun serba kekurangan resipi.

Detik perkongsian itu telah dikongsi Iqram Dinzly menerusi laman Instagram miliknya yang telah mendapat perhatian ramai terutama para peminat yang memuji tindakan Yana Samsudin dan Iqram Dinzly yang tidak melupakan juadah tempatan.
Yana Samsudin Ajar Iqram Dinzly Buat Karipap
Pelakon Ikram Dinzly belajar karipap dengan Yana Shamsudin
Menerusi gambar yang dikongsi Iqram Dinzly itu, dia berkata Yana Samsudin telah mengajarnya bagaimana untuk menguli tepung bagi membuat karipap yang turut dibantu oleh beberapa orang rakannya yang lain.

Iqram Dinzly menulis, karipap itu nanti akan menjadi hidangan sarapan pagi untuk semua pelakon dan krew yang terbabit dalam menjayakan penggambaran drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara itu Yana Samsudin turut berkongsi dalam Instagram miliknya bahawa karipap resipinyanya itu berintikan kentang dan juga daging.

Yana Samsudin dan Iqram Dinzly berada di Bosnia sejak dua minggu lalu untuk menjayakan penggambaran drama terbitan produksi tempatan bertajuk Kalau Hati Ini Rama-Rama arahan Izzman Hafiz.

Selain mereka berdua, beberapa lagi selebriti lain iaitu Zarina Zainoordin dan Iskandar Zulkarnain turut menjayakan penggambaran di bumi yang pernah bergolak suatu ketika dahulu.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money