Zain Saidin Tidak Kisah Dengan Kritikan Masyarakat
Pelakon Zain Saidin menjelaskan kritikan sesetengah pihak terhadap gambar romantisnya bersama isteri, Rozita Che Wan yang dimuat naik di laman sosial Instagram bukan satu perkara mengejutkan.Zain, 30, berkata, setiap foto yang mereka kongsi sentiasa mendapat teguran dan komen daripada pengikut di laman tersebut namun mereka tidak terlalu memberikan perhatian kepada perkara berkenaan.
"Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini.
"Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online.Pelakon itu mengulas mengenai foto romantisnya bersama Rozita ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini yang mendapat perhatian meluas daripada peminat mereka sehingga ada yang menasihat pasangan itu tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga mereka kepada umum.
![]() |
Gambar Mesra Zain dan Rozita dalam Bilik Tidur Dikritik oleh Masyarak |
Dalam pada itu, Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk memadam gambar berkenaan daripada akaun Instagramnya selagi ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pihak lain.
"Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu," jelasnya.