Monday, 23 June 2014

Awal Sering Lupa Scha Mengandung

Awal Ashaari berkongsi cerita bahawa isterinya, Scha Alyahya gemar duduk di hospital. Menurut Awal, sejak hamil, isterinya itu sudah hampir tiga kali dimasukkan ke hospital atas kehendak Scha sendiri.
“Untuk pengetahuan semua, Scha merupakan seorang yang gemar duduk di hospital. Jika dikira sejak mengandung sudah hampir tiga kali dia masuk hospital untuk berehat. Malah, Scha juga meminta pada doktor untuk dimasukkan ke wad sehari lebih awal dari tarikh jangkaannya untuk bersalin.
Dalam keseronokan menanti kelahiran anak sulung kami, timbul juga kegusaran. Saya merancang untuk berada di sisi Scha, namun saya tak dapat membayangkan keadaan di bilik bersalin itu nanti,” ujar Awal ketika di majlis kesyukuran Schawal di The Challis Sunway Damansara, pada Sabtu.

Mengulas mengenai kandungan isterinya yang sudah mencecah lapan bulan, Awal mengakui yang dia kadang kala terlupa bahawa isterinya sedang sarat mengandung. Dia begitu teruja mengajak Scha untuk turut melancong bersamanya ke merata tempat, namun Scha menolak kerana tidak terdaya lagi untuk bercuti.
“Saya merancang untuk membawa Scha ke Bali sebelum dia bersalin, tapi Scha cakap dia dah tak larat dah. Itulah kadang-kadang saya terlupa yang Scha ni sedang sarat mengandung. Sewaktu berjalan bersama kadangkala Scha tertinggal di belakang kerana saya berjalan laju seperti biasa," kongsi Awal.
Sementara itu, Awal turut mengakui Scha sering penat dan sukar untuk tidur. Perubahan emosi Scha juga ketara. Sebelum mengakhiri perbualan, Awal sempat berpesan agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dia dan Scha.

Scha dan Awal Ashaari
Scha dan Awal Ashaari
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money