Tuesday, 10 June 2014

Awie Tampil Memberi Penjelasaan Tentang Isu Kes Pukul Isterinya

Vokalis kumpulan rock Wings, Awie meminta mana-mana pihak yang menyatakan dia adalah rockers yang didakwa memukul isteri dihadapan bank supaya tampil dengan bahan bukti.
“Kalau betul gosip tersebut merujuk kepada diri saya, saya mahukan bukti mengenai perkara tersebut.
 “Betul atau tidak perkara itu saya tidak mahu komen banyak kerana ia melibatkan rumah tangga dan biar saya selesaikan sendiri. Itu hak peribadi saya,” katanya ketika menjawab mengenai gosip tersebut.
Beberapa hari lalu, timbul gosip yang mendakwa seorang rockers terkenal telah memukul isterinya dihadapan sebuah bank di Ampang.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, turut memberitahu kepada media buat masa ini dia menganggap perkara itu sebagai fitnah.
“Selagi tidak ada bukti sahih mengenainya, saya aggap ia sebagai fitnah. Tetapi sekiranya ada pihak yang tampil dengan bukti barulah saya keluarkan segala-galanya.
“Kalau boleh saya tidak mahu cerita langsung tentang perkara tersebut kerana saya mohon kepada pihak yang membuat cerita tersebut tampil dan kemukakan bukti dahulu,” katanya.
Bagaimanapun menurut Awie, jika ada pihak yang cuba mengaibkannya dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan individu terbabit.
Penyanyi Awie
Penyanyi Awie 
Tambah Awie lagi dia tidak mahu dikaitkan dengan perkara tersebut kerana di dalam artikel yang dikeluarkan Berita Harian pada Sabtu lalu tidak ada menyebut nama mana-mana individu.
“Saya diberitahu dalam gosip tersebut hanya ‘mentioned’ rockers, dalam Malaysia ni ada banyak lagi rockers bukan saya seorang,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak pada petang Selasa.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money