Felexia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini.
Model berbangsa Cina yang mengenakan imej berhijab, Felixia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini.Bekas model majalah Playboy, Felixia memberitahu Harian Metro dia meilih Julai sempena hari lahirnya pada bulan itu serta mengambil keberkatan bulan Ramadan.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.
![]() |
Felixia Yeap |