Monday, 23 June 2014

Jennifer Lopez Putus Cinta Gara-gara Teman Lelakinya Bercinta Dengan Maknyah

Penyanyi Jennifer Lopez dikhabarkan sudah putus cinta dengan kekasihnya Casper Smart setelah mengetahui lelaki itu curang dengan seorang model transgender (maknyah).

Penyanyi lagu On the Floor itu membuka mulut dalam satu program wawancara iaitu Watch What Happens Live.

Jennifer ditanya oleh pengacara program tersebut Andy Cohen tentang baik buruk bercinta dengan seorang penari.
"Saya pernah bercinta dengan dua orang penari, pertama saya berkahwin dengan Cris Juss dan bagi saya dia adalah seorang lelaki luar biasa yang saya cintai.
"Kemudian dengan Beau (Casper Smart), kami baru sahaja putus, namun bagi saya dia seorang kawan yang sangat baik," katanya.

Ini merupakan kenyataan pertama daripada Jennifer sendiri yang mengesahkan tentang khabar angin hubungan tersebut sudah berakhir.

Casper Smart didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang model maknyah.

Jennifer Lopez
Jennifer Lopez

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money