Kereta Milik Pelakon Zara Zya Terbabit Kemalangan
Pelakon drama bersiri popular, 'Love You Mr Arrogant'. Zara Zya berdepan detik cemas apabila kereta miliknya remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson, awal pagi Ahad lalu.Memetik laporan sebuah akhbar, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuklah kereta milik pelakon itu.
“Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian.," ujar Zara yang ketika kejadian dia dan rakan-rakan sedang menjamu selera di gerai tepi pantai di Bagan Pinang.Mujur tiada kejadian yang lebih buruk berlaku akibat kemalangan ini. Semoga kejadian seperti ini menjadi iktibar buat semua agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya.
![]() |