Lana Nordin Dedahkan Kekasih Barunya
Selepas kontroversi cinta kilatnya bersama pelakon Johan As’ari menghangatkan industri hiburan sekitar penghujung tahun lalu, pelakon filem ‘Chow Kit’, Mazlina Hasan Nodin atau Lana Nordin, 35, mengakui dirinya kini sedang mengenali seorang pelakon baru, Mas Khan.Enggan mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai hubungan cinta, Lana memberitahu dalam portal hiburan Gua, dia kini rapat dengan Mas dan mereka dalam proses berkenalan. Lana akui dirinya selesa berdampingan dengan pelakon drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu. Mas dan Lana mula berkawan rapat ketika sama-sama membintangi filem ‘Biasan’ arahan Sandosh Kesavan.
“Saya sedang berkawan rapat dengan Mas. Kalau betul saya bercinta dengan dia, saya akan beritahu. Sejujurnya, saya enggan letak status bercinta dalam hubungan kami. Jodoh itu kuasa Allah, kalau perkara ini tidak menjadi kelak, saya tidak mahu timbul kata-kata kurang enak.Lagi pun, tak salah saya berkawan dengan dia. Biarlah kami rapat sebagai kawan dahulu, jadi kalau betul kami tiada jodoh, kami boleh terus berkawan,” ujar Lana ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Airish Miracle di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Isnin.
![]() |
Lana Nordin dengan kekasih barunya |
“Mengenali Mas, dia seorang yang ‘easy going’, senang untuk kita berkomunikasi dengan dia. Dia juga bersikap terus terang. Mas juga tidak kisah akan perkara remeh temeh dan saya juga akui yang Mas seorang lelaki yang berfikiran matang walaupun usianya dalam lingkungan 20-an. Mas juga bijak menyesuaikan dirinya dengan saya,” tutur Lana lagi.Selepas pendedahan mengenai hubungan ini, pastinya akan timbul kata-kata nakal yang mengatakan pendatang baru dunia hiburan seperti Mas sengaja mahu menumpang populariti yang diraih oleh Lana yang sudah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.
“Bagi saya, tidak timbul soal tumpang populariti. Siapa yang mengenali saya, dia akan tahu apa yang saya lakukan. Seperti majlis ini, saya bawa Mas sekali kerana saya mahu dia didedahkan dengan acara-acara hiburan dan untuk dia membina ‘networking’ dengan rakan-rakan artis lain, juga dengan teman-teman media,” ujar Lana mengakhiri perbualan.