Radhi OAG Bakal Menimbang Cahaya Mata Kedua
Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Shahira Ayu, 20, disahkan hamil empat minggu.Memetik laporan sebuah portal hiburan, Radhi jelas teruja dengan berita ini memandangkan anak sulung menerusi perkahwinan terdahulunya, Muhammad Rifdhi Muslim kini sudah pun berumur sembilan tahun.
"Sembilan tahun itu cukup lama dan kalau nak diiikutkan, saya sendiri tidak ingat bagaimana perasaan menjadi ayah ketika itu. Bila Ayu kata dia hamil, saya teruja seolah-olah menjadi ayah baru,” ujar Radhi.Menyentuh mengenai jantina anak, Radhi mengharapkan anak perempuan namun tetap bersyukur jika dikurniakan anak lelaki memandangkan ianya rezeki daripada Allah.
Untuk rekod, Radhi dan Shahira telah disatukan pada 4 April lalu dan dijangka melangsungkan majlis resepsi pada bulan Syawal ini.
![]() |
| Radhi OAG |

