Monday 29 September 2014

Ainan Tasneem dah ada kekasih hati?

Imej bertudung dan sentiasa bersama gitar sewaktu menyanyi membuatkan Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.Bukan itu saja, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut.

Ainan Tasneem dah ada kekasih hati

Melihat laman sosial Instagram milik Ainan Tasneem yang popular dengan lagu “Aku Suka Dia”, kelihatan hatinya sudah di miliki setelah melihat gambar seorang lelaki bersamanya dan hubungan mereka kelihatan sangat intim.

Ainan Tasneem dah ada kekasih hati

Sila jangan kecewa kalau anda menyimpan perasaan terhadap sensasi YouTube yang bernama Ainan Tasneem ini, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu kerana hatinya sudah dimiliki. Namun Ainan masih lagi merahsiakan identiti kekasih hatinya itu dengan peminat di instagram.

Ainan Tasneem dah ada kekasih hati

Kalau betul hati Ainan Tasneem telah dimiliki, semoga hubungan yang dibina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kalau nak kahwin nanti, jangan lupa jemput peminat. 




Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money