Tuesday 30 September 2014

Aksi mesra Ayda Jebat dan Zul Ariffin mendapat penjelasan

Nampaknya drama Rindu Awak 200% masih lagi menjadi penangan buat kita semua. Lakonan mantap dari Ayda Jebat dan Zul Ariffin memberi kesan yang mendalam dalam jiwa penonton. Namun ianya masih belum berakhir kerana baru-baru ini Ayda dan Zul Ariffin di kecam kerana beraksi terlalu mesra di hadapan peminat.



Sakit mata yang melihat memadangkan Zul sudah pun mempunyai kekasih hati.

Penjelasan Ayda Jebat:


 "Antara SAYA dan Zul tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami kelihatan mesra sebegitu hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang datang dan sanggup berpanas kerana mahu berjumpa kami," 


"SAYA dan Zul hadir pada majlis berkenaan selepas di undang oleh Proton dan tidak menyangka ramai peminat drama Rindu Awak 200% yang berada di situ"



"Drama itu sudah pun sebulan berakhir, tapi saya tidak menyangka penangannya masih dirasai sehingga kini. Saya terharu melihat mereka sanggup beratur panjang di bawah panas matahari semata-mata mahu bergambar dengan kami."

"Dan 'pose' yang kami buat pada hari itu hanya kerana Zill Faezrul dan Armel Aisya. Bukan kerana saya dan Zul mempunyai hubungan istimewa,"


SAYA juga sedia maklum bahawa Zul kini sudah mempunyai kekasih dan tidak tegar untuk menjadi orang ketiga dalam perhubungan itu.

"Saya akui ada peminat yang mahu kami menjadi kekasih, tapi bukan semua permintaan mereka dapat ditunaikan.

"Bagi yang mengkritik saya kerana gambar tersebut, atau tampak terlalu mesra, saya minta maaf. Seperti saya katakan tadi, ia hanya sekadar memenuhi permintaan peminat sahaja," 

Mungkin penjelasan dan kata maaf yang diberikan belum cukup untuk meredakan keadaan mereka kerana aksi mesra mereka telah menjadi gosip hangat kini. semoga Ayda tampil lebih bijak dalam menjaga tingkah laku kerana banyak mata yang memerhati.

Sebelum ini Ayda Jebat dan Zul dihentam peminat gara-gara beraksi mesra di  di sebuah majlis kereta kebangsaan, Proton baru-baru ini.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money