Monday 29 September 2014

Anis Tidak Hirau Kisah Silam Sharnaaz

PETALING JAYA: Anis Al-Idrus, 26, pelakon baharu dan model tidak kisah dengan kontroversi yang dikaitkan dengan teman lelakinya, aktor Sharnaaz Ahmad. Baginya, semua kisah silam itu tidak adil jika diungkit-ungkit sehingga sekarang.

"Itu semua cerita lama yang tidak menggambarkan siapa dirinya hari ini. Saya tidak pernah menilai dia kerana kisah silamnya termasuk hubungannya yang lalu," katanya. 

Dalam pada itu, Anis berkata, sepanjang dua tahun mengenali Sharnaaz dia menyifatkan lelaki itu berbeza daripada digambarkan sebelum ini menerusi kontroversi yang timbul.

Sepanjang perkenalan mereka, Anis menganggap Sharnaaz seorang lelaki yang baik dan mudah didekati. 

"Dia seorang yang 'selamba' tetapi sangat baik dan sesetengah pihak melabelnya sebagai seorang yang panas baran tidak benar," jelasnya.

Tambah Anis, keluarganya juga turut menyenangi sikap Sharnaaz dan mengakui beberapa kali aktor itu bertemu keluarganya.


Sementara itu, bercakap lanjut mengenai hubungan mereka, Anis berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terburu-buru dalam membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya dan masih belum bersedia untuk berumah tangga.

Anis menjelaskan buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan lebih mengutamakan karier mereka.

"Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya kami meletakkan perkara itu kepada jodoh.

"Sekiranya dipertemukan jodoh dengan Sharnaaz saya terima tetapi masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anis berkata, selain masih bergiat aktif dalam dunia peragaan dia kini semakin selesa bergelar pelakon dan memberitahu bakal muncul dalam sebuah drama istimewa bersempena tribute khas buat Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Oktober ini.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money