Izara Aishah Terkejut Hari Lahirnya Diraikan Awal
Pelakon popular Izara Aishah yang popular di dalam drama Vanila Coklat terkejut gembira apabila penampilannya di majlis pelancaran produk terbaru jenama kosmetik Shiseido yang diadakan di pusat beli-belah Pavilion pada hujung minggu lalu berakhir dengan kegembiraan tak terduga.
Pihak Shiseido telah meraikan ulang tahun hari lahir ke-22 pelakon berkenaan dengan menghadiahkan sebiji kek tiga tingkat bewarna merah benderang bersama iringan nyanyian lagu Happy Birthday’ daripada peminat-peminatnya.
Pastinya sesuatu yang tidak terduga buat Izara Aishah sebagai jurucakap Shiseido Ultimune itu lebih-lebih lagi apabila ulang tahun hari lahirnya itu diraikan awal sehari daripada sepatutnya.
Izara Aishah dalam ucapan ringkasnya rasa amat terharu dengan kejutan berkenaan terutama sekali apabila dapat meraikan bersama-sama peminat tersayang.
Dia yang cukup jelita dengan persalinan sendat merah menyala dan solekan seksi daripada Shiseido telah meniup lilin hari ulang tahunnya itu bersama niat murni untuk terus maju dalam bidang seni hiburan tanah air.
Dalam usianya yang masih muda, perjalanan seni Izara Aishah yang masih jauh dan kerana kecantikan yang dimilikinya itu pihak Shiseido telah berbesar hati untuk mengambilnya sebagai duta jenama kosmetik dari Jepun berkenaan.
Bukan sahaja kek kejutan yang comel, Izara Aishah turut diberikan hadiah istimewa daripada pihak Shiseido berupa set penjagaan wajah daripada jenama berkenaan dan kuntuman bunga indah memikat hati.
Pada sambutan ulang tahunnya itu juga, Izara Aishah sempat memberi kerjasama untuk rakaman segmen Stailista yang akan ditayangkan menerusi program hlive! hanya di Astro Ria tidak lama lagi.
Selamat hari lahir Izara!