Sunday 28 September 2014

Jawatan Presiden SENIMAN kini milik Zed Zaidi

Tahniah kepada Zed Zaidi kerana kerana secara rasminya dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, di sini, hari ini.

Jawatan Presiden SENIMAN kini milik Zed Zaidi
Zed Zaidi dipilih menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jalil berjaya menewaskan dua calon lain yang turut bertanding iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki.

Sementara itu, Zulkifli Mohamad atau lebih popular dengan nama Zack Kool pula dipilih sebagai Timbalan Presiden SENIMAN mengetepikan Datin Sofia Jane, Sabree Fadzil dan Afdlin.

Hampir 1,000 ahli yang hadir di mesyuarat agung ini tetapi hanya 252 sahaja yang layak mengundi.

Suasana mesyuarat pemilihan pada mulanya agak tegang apabila ada yang mempertikaikan kredibiliti calon yang bertanding tetapi secara keseluruhannya masih terkawal.

Tahniah sekali lagi untuk Zed Zaidi!
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money