Monday 29 September 2014

Kerana mimpi, Ana Dahlia berhijab?

Penampilan terbaru pelakon Ana Dahlia yang kini semakin menawan dengan mengenakan hijab membuatkan dirinya lebih tenang. Dia merasakan perubahan itu adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan semenjak dahulu lagi.


Namun petunjuk yang diterima daripada tuhan menerusi mimpi membuatkan dirinya tekad untuk menjadikan penampilan berhijab sebagai perkara wajib.






Ana Dahlia lebih selesa berhijab

Menurut Ana Dahlia, “Saya mula memakai hijab dua minggu sebelum puasa. Pada masa itu ramai wartawan yang inginberjumpa dan interview mengenainya tetapi bagi saya perkara itu tidak perlu dihebahkan.

“Berhijab adalah perkara wajib yang sepatutnya saya lakukan sejak dulu lagi tapi saya tidak melaksanakannya. Mungkin waktu itu hati saya tidak kuat dan mudah rapuh.

“Memang sebelum ini saya ada niat tapi masih lagi tak berhijab sehinggalah saya menerima petunjuk dari Allah menerusi mimpi.

“Saya tidak mahu bercerita mimpi apa yang saya terima cukuplah sekadar beritahu dalam mimpi itu saya dalam ketakutan dan terus menangis selepas tersedar dari mimpi. Selepas kejadian itu, saya rasa takut untuk keluar rumah kerana masih berada dalam ketakutan.

“Dulu saya selalu berdoa kepada tuhan semoga memberi perubahan kepada dirinya untuk berubah ke arah lebih baik. Namun, tidak rasa apa-apa perubahan yang di rasakan dalam diri tetapi Alhamdullilah mimpi itu memberi kesedaran dengan segala kealpaan yang saya lakukan sebelum ini,” katanya

Ana akui pada mulanya takut tidak diterima berlakon selepas berhijab namun dengan kepercayaan kuat dengan rezeki tuhan, dia tetap meneruskan semangatnya sebagai anak seni.

Ana Dahlia lebih selesa berhijab
“Berhijab adalah perkara wajib yang sepatutnya saya lakukan sejak dulu lagi tapi saya tidak melaksanakannya. Mungkin waktu itu hati saya tidak kuat dan mudah rapuh.
Ana Dahlia lebih selesa berhijab

“Masa saya mula berhijab, saya dah fikir macam-macam seperti takut susah mendapat tawaran dan ketika itu saya masih ragu-ragu dengan keputusan yang saya pilih. Apa yang saya tetapkan dalam hati adalah rezeki itu di tangan tuhan. Kalau kita pakai macam mana sekali pun, kalau tuhan kata tidak ada rezeki maka itulah takdir kita.

“Bidang lakonan ini penuh dengan cabaran jadi saya perlu lebih kuat dan tabah dengan segala dugaan yang bakal saya terima,” katanya yang tidak memilih watak tetapi perlu sesuai dengan imejnya yang berhijab.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money