Tuesday, 30 September 2014

Nicole Kidman Sedih

LOS ANGELES: Aktres Nicole Kidman meluahkan rasa sedihnya di atas kematian ayahnya Dr Anthony Kidman pada awal bulan lalu.

Walaubagaimanapun, dia mendapat kekuatan daripada peminat-peminatnya.

nicole kidman

Nicole dan suaminya Keith Urban meluahkan rasa sedih dan berterima kasih kepada peminat atas doa dan semangat yang diberikan menerusi status di laman facebooknya.

“Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan sokongan semua terhadap tragedi menyedihkan yang menimpa kami beberapa minggu lalu,” kata mereka.

nicole kidman

Dr Kidman merupakan seorang pakar psikologi berasal dari Australia, meninggal dunia di Singapura pada 12 September lalu di sebuah hotel akibat serangan jantung semasa melawat salah seorang anak perempuannya, Andrea. Mayatnya telah disemadikan di gereja St Francis Xavier di Lavender Bay, Sydney, Australia.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money