Sunday 28 September 2014

Pulau Tioman menjadi impian percutian Bintang Korea Lee Min Ho

Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho menyimpan hasrat untuk melancong ke Pulau Tioman, Johor selepas salah seorang peminat menunjukkan gambar keindahan pulau tersebut kepadanya pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Min Ho memberikan aksi istimewa bersama para peminatnya pada sesi beramah mesra yang diadakan di KLCC

Min Ho, 27, yang tampil kemas serba hitam pada sidang media yang diadakan di bilik 401 KLCC berkata demikian selepas ditanya oleh wartawan apakah lokasi yang paling ingin dilawatinya selepas tiga kali hadir ke negara ini.

Jelas Min Ho, dia sangat meminati aktiviti luar selain suka menghabiskan masa di pantai sekiranya mempunyai waktu terluang.

"Saya cukup teruja apabila salah seorang peminat saya menunjukkan gambar-gambar keindahan di Pulau Tioman. Ia bakal menjadi lokasi percutian saya selepas ini," katanya.

Min Ho turut mengambil peluang meraikan sambutan ulang tahun Osim yang ke-35 bersama-sama Penolong Pengurus Pemasaran Osim, Doris Chua (paling kiri), Pengurus Sumber Manusia Osim, Cheryl Chua, Pengurus Besar Osim, Chia Sook Fun, Pengerusi Osim, Datuk Tay Sim Kim dan Pengurus Jualan Osim, Weng Fei pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Min Ho hadir ke negara ini sebagai salah satu rangka mempromosikan produk terbaharu jenama Osim iaitu Wonder Sofa Osim uDiva yang turut disertai oleh Pengurus Besar Osim Malaysia Sdn. Bhd, Chia Sook Fun.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri seperti Boys Over Flower dan The Heirs itu turut bertindak sebagai duta kepada jenama berkenaan.

Min Ho berkata, dalam perkembangan lain projek terbaharunya, dia bakal muncul dalam sebuah filem aksi berjudul Gangnam Blues yang menyaksikan dia membuat perubahan pada penampilannya.

Menurut Min Ho, dia yakin peminat akan jatuh cinta dengan filem itu kerana ia sebuah karya berbeza berbanding projek terdahulunya yang lebih kepada kisah percintaan dan romantik.

"Saya cukup teruja dengan filem ini kerana ia lain daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Peminat kena menonton untuk melihat perbezaannya," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Min Ho juga turut memberitahu, dia bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Song For You pada Oktober ini.
Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money