Saturday, 27 September 2014

Scha Al-Yahya Kurang Yakin Lara Diasuh Pembantu Rumah

Semenjak melahirkan Lara Alana Ahmad Awaluddin, dua bulan lalu, Scha Al-Yahya masih belum yakin untuk meninggalkan ‘baby’nya di bawah jagaan pembantu rumah.

Justeru, Scha sanggup melepaskan banyak job dalam bidang seni semata-mata untuk menjaga sendiri puteri sulungnya itu.

Scha Al-Yahya Kurang Yakin Lara Diasuh Pembantu Rumah

“Kami tidak mempunyai pembantu rumah untuk menjaga Lara kerana kurang percaya pula untuk tinggalkan Lara yang masih kecil dengan orang asing. 

“Lagipun, nak ambil pembantu rumah sekarang ini, mahal betul,” kata Scha sambil berseloroh. 

Scha Al-Yahya Kurang Yakin Lara Diasuh Pembantu Rumah
Setakat ini, Scha dan suaminya, Awal Ashaari bergilir-gilir menjaga Lara.

Sekiranya benar-benar tiada pilihan yang mana Scha dan Awal perlu menghadiri sesebuah majlis dalam waktu yang sama, maka Scha akan meminta bantuan ibunya untuk menjaga Lara.

Tetapi jika ada job yang memerlukan Scha untuk bekerja dalam jangkamasa yang agak panjang, dia perlu merujuk kepada jadual kerja suaminya terlebih dahulu.

“Kalau hari tu, Awal free barulah Scha terima job tu sebab Awal pula yang akan menjaga Lara.

“Setakat ini, Scha lebih memberi keutamaan kepada menjaga Lara dan memberi laluan untuk Awal tumpukan perhatian kepada kerjaya seninya,” ujar pelakon dan pengacara ini yang tetap berbadan langsing meskipun sudah bergelar ibu.

Meskipun sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu, namun Scha masih belum bersedia untuk bersara daripada bidang seni.

“Scha akan kembali bekerja. Mungkin buat permulaan, Scha akan kembali ke bidang pengacaraan,” jelasnya yang sebelum ini merupakan pengacara Muzik Muzik di TV3.

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money