Monday 29 September 2014

Sharnaaz Ahmad Tegur Wartawan H!Live!

Sharnaaz Ahmad telah menegur wartawan H!Live, Elly agar lebih menghormati dan menjaga sensitiviti dalam bertanyakan soalan. 

sharnaaz

Teguran ini dilihat menerusi laman sosial Instagramnya supaya menghormati kisah silam dan hal-hal peribadi artis bagi menjamin hubungan baik antara dua pihak.

sharnaaz

Walaupun Sharnaaz sebelum ini pernah menegur kalangan artis supaya menghormati pihak media, namun ini tidak menunjukkan pihak media dengan sewenang-wenangnya mengetepikan soal sensitiviti artis itu sendiri.

Pihak media dan artis masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Tidak salah jika masing-masing hormat dan menegur kesilapan antara satu sama lain asalkan berhemah.

Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money