Tasha Shila mengamuk!
Tasha Shila, selebriti tanah air yang bukan lagi asing dalam dunia seni baru-baru ini mengamuk dan 'naik hantu' kerana didakwa 'berasmara' dengan buah hatinya di lokasi penggambaran.
Gosip yang disiarkan Harian Metro minggu lalu benar-benar meninggalkan kesan sehinggakan penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak bekerja dalam produksi itu terpaksa menenangkan Tasha.
Tasha sangat sedih dan kecewa kerana cerita buruk yang tidak henti-henti mengenainya dijaja sehinggakan menjejaskan reputasinya sebagai pelakon.
Namun begitu, Tasha masih bersikap profesional dan meneruskan penggambaran beberapa hari kemudian.
Menurut teman pelakonnya, Tasha jarang buat hal di lokasi berikutan jadual dan waktu kerja yang sangat padat.
Mustahil dia punya masa berkepit dengan kekasihnya, apatah lagi melakukan perkara didakwa. Kebiasaannya, teman lelaki Tasha hanya menghantar ke lokasi dan menjemputnya pulang