Wednesday, 1 October 2014

Aliff Aziz Nafi Isu Curi Telefon

KONTROVERSI melibatkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang didakwa melakukan kesalahan mencuri dua telefon bimbit walaubagaimanapun dinafikan kerana dia dikatakan menjadi mangsa keadaan.

Menurut Aliff, dia dan rakannya mengunjungi rumah kenalan yang lain sekadar untuk berbual dan lepak sahaja.

Rakannya yang sebenarnya mencuri telefon itu tanpa disedarinya.

Aliff mengakui sangat kecewa dengan tindakan rakannya yang mengakibat dirinya turut sama diheret ke dalam kes ini.

aliff aziz

Menurutnya lagi, rakannya kini telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman seperti yang dilaporkan akhbar negara itu.

"Saya bayar SGD2000 adalah untuk "clearkan" kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri," katanya menerusi portal Murai.

Aliff juga menyatakan satu sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu ini.

"Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah," ujarnya.






Comments
SafelinkU | Shorten your link and earn money