Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang
Pelakon jelita Vanidah Imran merasa begitu terkilan dengan gosip terbaru mengatakah mereka bakal bercerai. Isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat gosip mengatakah mereka bakal bercerai. Namun, ianya hanya gosip semata-mata. Mereka masih kelihatan bahagia bersama.
Vanidah menegaskan rumahtangganya bersama Rashidi masih kukuh. |
Vanidah dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip yang tidak benar itu yang menjejaskan kebahagian rumahtangga.
"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.
"Ditambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya.
Sebelum ini, Vanidah dan Rashidi pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011.
Vanidah terus menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu.
Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak.
"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.
"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.
"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.
Vanidah Imran dan Rashidi Ishak itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang kini masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.